Friday 13 March 2009

Sains Fizik

Jika anda bercakap tentang fizik kepada seorang artis atau ahli seni, dia akan gelengkan kepala untuk memberi isyarat betapa susahnya ilmu itu.

Asal usul fizik telah wujud dalam Falsafah Greek sejak kurun keenam sebelum Masehi. Istilah fizik berasal daripada perkataan Greek yang membawa maksud usaha untuk melihat kepentingan semua benda dalam alam semula jadi termasuk manusia.

Jawaban Persoalan?

  • Apakah sebenarnya alam semesta ini dan apakah fungsinya?
  • Apakah funsi manusia di dalamnya?
  • Apakah tenaga yang terdapat dalam alam semesta dan alam manusia?
  • Bagaimanakaha tenaga itu berbungsi dan boleh dimanfaatkan manusia khususnya?

Post ini adalah berkaitan dengan tenaga (energy) dan gerakan (motion). di mana ahli-ahli fizik telah meneruskan penyelidikan melalui Fizik Baru (New Phisics) yang terkenal dengan nama Mekanik Kuantum (Quantum Mechanics).

Mekanik Kuantum

Alam semesta dan alam manusia yang terdiri daripada benda fizikal mempunyai komponen asas yang dipanggil getaran (vibration) dan gelombang (energy waves).

Di mana Kuantum bermaksud kuantiti, dan mekanik ialah kajian berkaitan gerakan (motion). Jadi Mekanik Kuantum ialah kajian yang berkaitan dengan kuantiti. Menurut teori ini nature atau alam semula jadi iaitu seluruh alam semeste dan segala benda yang dicipta adalah datangnya dengan cara beransur-ansur.